...bila hati berbicara

" ..pabila kamar hati disapa..kalam berbunga indah..pabila kamar hati berbicara..dunia bertukar wajah.."

Salam alaik...

Memang dah lamaaa sangat saya tak up date blog ini. Sejak memiliki 2 blog, saya bagaikan kurang 'adil' dalam menjengok kedua2nya..^_~. Namun, akhirnya hari ini saya kembali mencoret...

Salam Imtihan

Buat para sahabat dan kenalan yg kini menghadapi final exam, semoga najah diucapkan. Usahalah selagi terdaya, usah dirisaukan sangat natijah yg bakal kita perolehi...tetapi, bimbanglah andai usaha yang kita buat belum mencukupi untuk mencapai apa yang diimpikan...

Berkat usaha kita dalam mencari ilmu takkan dipersiakanNya. Walau apa jua keputusan yg kita perolehi, ucaplah Alhamdulillah. ^_^


Salam Musafir ke Bumi Anbiya'

Alhamdulillah, saya terpilih menyertai kursus bahasa arab yg akan diadakan di Jordan sepanjang cuti semester nanti. Bermula 23 nov hinggalah 1 jan...^_~ Doakan agar saya dan kawan2 selamat dlm perjalanan dan diberkati Allah sentiasa. amin


Tahmid Kesyukuran

Syukur padaNya, kerana baru semalam saya mendapat lagi 1 berita gembira. Saya dan 4 org lagi pelajar terpilih menjadi calon anugerah pelajaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ia dipilih berdasarkan ranking dalam Universiti...terima kasih ya Allah, atas kurniaanMu ini. Dapat atau pun tudak, bukanlah menjadi keutamaan. Apa yg penting, sekurang2nya berita ini dapat menggembirakan hati keluarga saya terutamanya MAK...terima kasih atas doamu yang tak putus2...


Akhir kalam...semoga nikmat yang kita milik hari ini, kita dapat mensyukurinya dan menghargainya...usah nanti sedih dan kesal tatkala nikmat itu hilang tanpa sempat kita mengucapkan syukur padaNya...


Ni graduan termuda!!! Nasuha yang bergaya =)


Bersama kawan2 yang dah bergelar UsTazaH!


Asiah dan Ziela ketika dalam DABS


My sis dan Mujahid ( so cute laa Mujahid ni...mesti besar nnti handsome kan?!)


Bergambar depan pintu masuk DABS

p/s : Dah lama dah konvo Dip ni...baru hari ni masukkan gambar. Tahniah kepada kawan2 dan diri sendiri...^O^

Isu Purdah... Pembaca Jangan Cepat Melatah Bila Akhbar Picisan Mencuit ....

Saturday, October 10, 2009

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :

Perbahasan Niqab dan Hukum Pemakaiannya

Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Ditulis oleh :

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 10,
Keherah Mesir


22 Ramadhan 143o

Sedar tak sedar kita dah hampir ke penghujung Ramadhan. Hati ini terasa sedih sekali. Entah berpeluang untuk bertemu lagi Ramadhan akan dtg ataupun tidak. Sekarang ni pun, dah banyak kita dengar lagu2 raya di radio2 dan ada juga kawan2 yang jadikan sebagai ring tone handset...

Walau apa pun, semua tu tidaklah salah. Cuma bimbang dan sedih jika kita dilihat seolah-olah terlalu ghairah dengan Aidilfitri tanpa bersungguh2 beramal dalam bulan puasa. Sedih dan menyedihkan...=(

Semoga kita diberi kekuatan dan kesempatan untuk terus istiqamah beramal ibadah keranaNya.amin

Salam 9 Ramadhan buat seluruh pembaca yg budiman...

Bagaimana puasa dan ibadah kita hari ini? =) Semoga kita sama2 dapat mempertingkatkan amalan seiring meningkatnya usia. insyaAllah.

"Cintakan negara, sebahagian daripada iman"

Maksud hadis ini, ana petik sebagai pedoman kita semua. Sambutan hari kemerdekaan negara kita jatuh dalam bulan yang mulia ini, alhamdulillah. Esok, 31 ogos bersamaan 10 Ramadhan, kita akan menyambut "besday" kemerdekaan negara. Alhamdulillah, kerana kita masih mampu hidup dalam aman, tanpa peperangan dan berpeluang melaksanakan ibadah kepadaNya dalam suasana yang tenang. Seharusnya kita bersyukur diatas nikmat yang tidak ternilai ini.

Tanda adanya iman dalam diri seseorang ialah rasa cinta terhadap negaranya sendiri. Pabila kita cinta dan sayangkan negara, sudah pasti kita akan menjaga kemakmuran dan keamanan tanahair ini. Rasa cinta dan sayang bukan hanya pada negara semata-mata bahkan terhadap masyarakat dan komuniti yang berada bersama kita.

Bagaimana caranya?

Kedatangan hari kemerdekaan perlu disambut dengan penuh syukur. Apatah lagi dalam bulan Ramadhan ini. Berdoalah agar saudara2 kita di seluruh dunia agar diselamatkan dan dipelihara daripada anasir2 jahat dan zalim. Hanya Dia yang Maha Berkuasa.

Kuasa cinta amat hebat! Dengan cinta yang lemah jadi kuat, yang sakit jadi bertenaga...justeru, masyarakat Islam hari ini perlu bangkit dari lena dan rasa mengantuk. Bangkit daripada kelemahan...kerana lemah itu punca masyarakat Islam ini ditindas. Orang Islam perlu menguasai ilmu, bukan hanya ukhrawi malah duniawi. Jika kita ingin melawan pihak musuh, kita perlu memiliki strategi dan senjata yang ampuh bagi mengalahkan musuh...apa lagi kalau bukan dengan ILMU.

Dengan ilmu, kita mampu menguasai dunia. Dengan ilmu kita mampu mengembalikan kegemilangan Islam yg suatu ketika dulu digeruni dan disanjung tinggi. Apa yang menyedihkan, umat Islam kian lemah. Kebanyakan bidang ilmu yang dimiliki cendiakawan Islam kini sudah dimonopoli oleh orang bukan Islam.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Australia, beliau mengkaji bagaimana orang Israel memiliki kecerdikan yang tinggi. Genius. Ramai diantara penerima anugerah Nobel adalah dari kalangan mereka. Hasil kajian beliau ialah para ibu yang mengandung diberi makan makanan yang berkhasiat seperti kurma, kismis, kacang dll yang kita sedia maklum makanan ini amat bagus untuk kesihatan. Malah Nabi juga turut mengamalkan makanan2 ini.

Selain itu, para ibu melazimi diri mereka dengan menyelesaikan soalan2 matematik! Ini bertujuan agar anak yg bakal lahir menjadi pakar dalam bidang yang melibatkan pengiraan...dan hasil kajiannya juga turut mendapati bahawa para graduan yang ingin menamatkan pengajian mereka di sebuah universiti Israel perlu membuat satu produk @ projek yang menghasilkan keuntungan yang besar. Jika tidak mereka tidak akan bergraduasi.

Mungkin inilah strategi awal yg telah mereka kaji dan laksanakan. Justeru, sempena Ramadhan ini, marilah kita berazam agar diberi kekuatan untuk berjuang dan berusaha dalam menegakkan Islam. Berjuang bukan hanya di medan perang. Keamanan yg dikecapi kini bukan penentu untuk keamanan akan datang. Tanpa ilmu, kita boleh diperkotak-katikkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Ilmu umpama cahaya.

Salam kemerdekaan buat semua.

Assalamualaikum

Ya Allah, syukur padaMu kerana aku masih berpeluang bertemu Ramadhan kali ini...alhamdulillah =)

Jom cari Lailatul Qadr =)

Ramadhan bulan yang penuh Rahmat + Maghfirah

Tawaran Istimewa Sempena Ramadhan!!! =) Let's enjoy the Ramadhan with ibadah


Pada subuh tadi, seorang kenalanku merangkap junior ku semasa di KUSZA dahulu telah pergi menghadap Ilahi...berita pemergiannya ku tahu ketika aku berada dalam kelas...innalillahi wainna ilaihi roji'un...sejuk jari jemari ini ketika membaca mesej di telefon bimbitku mengenai berita ini...

Ya Allah, ampunilah dosa2ku, dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia...semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami

Memori indah kita bersama terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan

Tuhan lebih menyayangi dirimu

Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu

Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini

Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau

Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan

Moga di sana kau bersama para solehin

Ku sahabatku kau teman sejati


"Kematian yang datang tak mengenal usia...segalanya dalam rahsia Allah"

"Tauke cafeteria yang bawa kereta wira tu dah meninggal...dia sesak nafas"...terkejut aku apabila mendengar khabar berita ini...inna lillahi wainna ilaihi roji'un...

Kejadian yang berlaku, amat mengejutkan aku...apatah lagi baru 3 hari lepas bercakap dgn si arwah tatkala menempah makanan...arwah masih muda dan sihat...malah beliau juga ramah menyapa warga kolej kediaman yang datang membeli makanan di situ...

Allah Maha Berkuasa

"Patutlah petang semalam cafe tutup"... balasku pabila mengingati kembali saat aku pergi ke cafe untuk membeli makan malam semalam.

Terfikir aku sendirian mengenangkan diri sendiri...entah esok,lusa atau bila aku tak tahu. Apa yang pasti...kematian bakal menjemputku pada bila2 masa...tak kira dimana, bila, bagaimana....semuanya dalam rahsia Allah. Usia muda bukan suatu jaminan untuk kita bersuka ria...walaupun gholibnya yang tua akan pergi dahulu...

"Allahummakhtim lana bihusnil khotimah...wa la takhtim a'laina bi suu'il khotimah"...doa kupanjatkan padaNya..semoga diri ini diampunkan dosa2 dan diakhiri kehidupan di dunia ini dengan sebaik2 pengakhiran...

Aku masih ingat, tatkala mendapat berita pemergian arwah pakcikku yang amat kusayangi pada 21 Julai 2008 yang lalu...petang itu aku baru selesai berwudhu untuk menunaikan solat Asar. Panggilan telefon dari kakakku membuatkan aku bagai terkedu dan tidak percaya. Terasa seolah2 apa yg disampaikan itu tidak benar sama sekali. Masakan tidak, baru minggu lepas aku berjanji dengannya...memintanya untuk membawaku berjalan2 di sekitar KL...tapi, kami tak sempat keluar bersama kerana kebetulan aku terlibat dengan program fakulti. Namun, kami sempat berjanji untuk keluar lain kali...

Entah mengapa, air mata tidak menitis langsung ketika itu. Apa yang ada difikiranku hanyalah - bagaimana caranya untuk aku pulang ke kampung?! Aku tabahkan diri...alhamdulillah, dengan bantuan sahabatku aku dapat pulang ke kampung...Sedih menyelubungi diri, kerana diri ini tak sempat menatap arwah buat kali terakhir...setibanya di kampung, keluargaku baru shj pulang dari tanah perkuburan...dan di rumah itu, aku renung katil beralas kain putih, tempat jenazah diletakkan sebelum disemadikan di tanah perkuburan yang sama dgn arwah Tok Wan ku...katil itu ku renung lagi...bagai tak percaya pakcik sudah meninggalkan kami semua...dialah seorang bapa saudara yang amat rapat denganku...yang selalu bergurau dan bermain2 dgn kami...ya Allah, semoga kau ampuni dosa2nya...amin

Tanpa ku sedari, air mataku mengalir laju...saat aku membacakan yasin untuknya usai solat subuh..hati ini sebak dan sayu..mengenangkan arwah...dan pertemuan kami yang tidak kesampaian...

Kini, dah setahun lebih pakcik pergi meninggalkan kami. Aku tetap mendoakan kesejahteraan arwah. Semoga arwah, Tok Wan dan seluruh umat Islam yang telah pergi, diampunkan dosa dan dimasukkan dalam golongan hamba2Nya yang dikasihi...

Kematian membuatkan aku lebih menyedari hakikat kehidupan. Semoga baki kehidupanku dapat ku gunakan dengan sebaiknya...kerna pabila saat itu tiba...kita tak mampu lagi untuk berpatah semula...


"Kehidupan dunia adalah penentu kehidupan di akhirat"

Alhamdulillah...syukur pada Allah, hari ini USIM telah mencatat rekod baru iaitu mengarang esei bahasa arab paling ramai...kami dikehendaki mengarang esei dlm masa 45-90 minit...penyertaan melebihi jangkaan. Syukurlah, semuanya berjalan lancar...

Program ni diadakan sempena c-fest yang bermula hari ini hingga 2 ogos nanti.Program MBR ni bermula 2.30ptg dan dijalankan di dkp2, dkp3 dan dkp4...mmm, tak sangka 3 dewan kuliah penuh!!

Time perasmian, pihak MBR mengumumkan kejayaan USIM dalam mencipta rekod baru dengan penyertaan seramai 1450 orang pelajar...tajuk eseinya "1 Malaysia"...jadi, bertepatanlah dgn konsep yang diperkenalkan PM skrg..

Ba'da Asar,aku dan kawan2 melihat perasmian c-fest, kami membeli belah sikit2...tapi aku tak beli ape2 pun...just window shopping. Haa...mlm esok, aku dan 2 org lagi akan bertugas utk cover berita di stadium. Hu2..jadi wartawan ni menuntut banyak tenaga, komitmen dan kecekapan dalam mendapatkan maklumat sesuatu event! mmm...best juga walau kena berkejar cari news..=)

...hu..mata pun dah terasa berat ni...i need to stop now...

"Semoga kejayaan yang dikecapi membuatkan kita lebih bijak mensyukuri nikmatNya"

Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya




Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha



Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa



maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publication.

"Amalan sunat yang dikerjakan menjadi platform untuk mendapat kasih dan redha Allah"


permulaan menuju sebuah episod baru
semoga berkekalan hendaknya


when? where?whom?why?how? Only He knows...


p/s : gambar sekadar hiasan...coz, baru2 ni jmpe ramai kenalan yg dh mmbina bait muslim. moga kalian bhgia selalu.


Hu...sem baru ni bakal bz dgn akhbar yg nak diterbitkan..2nd edition nnti, will be my turn. so now, i just collect the news esp campus news. jadual, alhamdulillah agak tersusun, sumenye klas awal pagi dan takde kelas malam..great! selama 2 thun asyik klas mlm je...hu2

dan esok 1st day bertugas kat konti radio..dh agak lama tak menjengah ke sana...asyik lalu kat tepi tu je. dek jadual yg belum menentu 2 mggu lps, agak susah nk tentukan waktu free on-air. 2morrow i will start my job...

Oh yea..hr ni bka fs..kebetulan terjumpa jemputan walimah my schoolmate masa kat kisas dulu..batch 02-03...kenduri umahnya 2 ogos ni..so maybe ade yg wat reunion tak rasmi kat sane..ape2 pun..tahniah pada pengantin baru..

mmm...utk azam sem baru..aku nak ubah strategi blajar...lebih fokus dan of course nk pulun sehabis mungkin..he.=) persaingan yg agak sengit dan senget..nak kejar impian yg satu tu...

dah tak tau pulak nak celoteh ape lg. nnt bila2 free, i will continue my writing...

Lastly...life is short so make it sweet!

p/s : tak sabar nak abis blaja..hu2 jeles kt kwn2 yg dh grade, smbg master dn bkluarga...me??!

14-16 Julai 2009 adalah tarikh yg amat dinantikan oleh bekas penuntut kusza dan UDM...setelah bertahun2...kami (batch 2006/2007) menanti. Bagi pelajar dip bhs arab dgn pendidikan, kami dijadualkan akan naik pentas pada sidang 6 - sesi petang@sesi terakhir...

Usai solat zuhur, aku dan kakak bergerak ke DABS ( Dewan Al-Muktafi Billah Shah). Kami parking tak jauh dari situ. Then, aku mula bersiap2 dan sempat jg ambil bbrapa keping gmbar di situ. Aku pun mula berjalan menuju ke DABS...dah nak semakin ramai orang kt area tu..tapi my coursemate tak nampak2 pulak...

"Eh..betul ke ni? mane yang lain2...tak nampak sape2 pun.." getus hatiku penuh debaran...

Tak lama lps tu aku dan kakak duduk kat DKU (Dewan Kuliah Umum) sambil membetul2 kan jubah dan tempah gambar konvo...tak jauh dr situ, brulah aku nampak kengkawan...then, ada 2 org pegawai ni wat announcement supaya sume graduan berkumpul bawah khemah utk perarakan masuk ke dewan...haaa...baru lah nampak2 muka2 coursemates..kat mane diaorg duduk tadi, aku pun tak tahu...

Tetiba sorang staff wanita ni panggil nama aku...aku pun cepat2 angkat tangan dan berdiri depan dia..dia bagi aku selempang utk dipakai dlm majlis nanti...bagi penerima anugerah terbaik fakulti, alhamdulillah...suasana agak kelam kabut waktu tu..ada yg baru nak beratur, ada yg sibuk amik gmbar, ada yg bersalam2n sb lama tak jumpa..mcm2 ada...=)

bila dah masuk tu, kami duduk di kerusi graduan yang bertentangan dgn para ibu bapa dan jemputan..dup..dap..dup..dap.. berdebar2 pulak...

at last, time naik pentas, namaku di sebut sbg pelajar terbaik fakulti...dari jauh kdgrn bunyi tepukan drpd hadirin...waktu tu rasanye jalan pun dh tak btul...rasa malu dan rasa tak layak dpt anugerah tu...sumenya rezki dr Allah...

alhamdulillah selesai konvo, kakak dh tggu kt luar... us akila, k.yan, nasuha, muna, mujahid dan ulfah pun ada...seronok bile tgk nasuha lari2 anak dtg pada aku semata2 nak bagi hadiah..alhmdulillah, terharu tgk gelagat budak2 ni..mujahid pulak, comeelll sgt dgn pakai kopiah dia...aku dan kakak sempat bergmbr bersama kluarga ustz.

sblm blik asrama, aku g ke pesta konvo. Nak tgkp gmbr utk kenang2n masa tua2 nnti..esok2 leh tunjuk kt anak2...he2..^_~

Alhmdulliah, dah selesai sumenya...kami pun balik ke asrama blok G utk solat jamak ta'khir dan berehat2 sblm bertolak balik ke seremban malam tu...itulah cebisan memori yg sempat ku kongsikan di sini...


"Rindu pada ukhwah yg terjalin sesama Muslim"
p/s : Buat kawan2 ku..tahniah atas kjyaan kalian. Smg bertemu lagi di lain waktu...

Ni post yg pling simple...klu ade masa free nnti saya akan post yg detail skit. Huhu...majlis konvo ni bagi saya macam2...best + kecewa + suram + sedih + happy...bercampur2...ape2 pun, alhamdulillah semuanya dah setel...byk gambar yg smpt diambil...tp tak dapat tangkap byk gmbr2 dgn kwn coz bila kluar dewan...sah memang susah nak jumpa, sumenye dgn family masing2...

...rasa kecewa pun ada...nape? nnti sy cerita kt post yg lain...ok...

Sebagai urusetia yang dilantik untuk handle kemasukan pelajar baru sesei 2009, saya balik ke asrama lebih awal..ada kursus 2 hari..tanggal 26 julai, jumaat seramai 1090 pelajar yang mendaftar. suasana pagi hari pendaftaran alhamdulillah, berjalan lancar..

Unit jamuan - my job...hu2..diketuai oleh seorang ketua yang berpengalaman menguruskan hal ehwal makanan ni. P.lah - gelarannya dikalangan kami. Baannyyaaaaaaaaaaaaaakkkkk makanan yang lebih (anda boleh agak bilangannya bila tengok perkataan banyak yg saya taip) =) membazir juga la...ada yang tak ambil makanan dan tak berselera dan sebahagian lagi lebihan daripada tempahan..memang membazir..tapi, bagus juga ada inisiatif untuk sedekahkan pada pelajar2 lain dan kawan2 serumah...(setiap hari nasi menangis)

Alhamdulillah, banyak pengalaman dan kenangan manis sepanjang minggu taaruf ni. Best walaupun kadang2 penat (penat berjalan sebab nak jaga budak2)

Secara keseluruhannya program tu telah berjaya dengan kerjasama dan dedikasi para urusetia dan staff hep. TQ friends...=)


p/s : tak sabar nak abis blaja ( jealous tgk kwn2 yg dh grade@berkeluarga@smbg master dll)

10-14 jun 2009...tarikh saya ditinggalkan..huhu..?? Nape pulak? ditinggalkan oleh sape? Actually saya duduk di rumah je, my mom and sis went to Beijing...Thanks God that they save..=)

Okay, sorry..i don't hv enough time to write now. Need to pray 'Asar first...

c u..^_^


"I love you mom"

...Kakak menghulurkan beg kertas berwarna hitam. Lantas aku menyambutnya dengan senyuman (rasanye sampai ke telinga dah..)...mataku terpaku pada 1 kotak hijau yang dihiasi dengan riben pink...waaahhh..ape ni?! ( surprise + excited sgt2)..^_~

tadaaaaaaaaaaa....jubah hijau muda + tudung bidang 60 yang terlipat kemas dalam kotak tu..T_T ( terharu) lalu aku terus menunjukkan hadiah2 tu pada emak...alhamdulillah, seronok...bukan kerana hadiah yang aku dapat, tapi sebab ingatan dan doa yang dititipkan...syukran. ^_^ (tq juga atas hadiah2 sampingan yang lain..)

...nak tengok tak jubah dan tudung tu? emmm...bila2 ada kesempatan nanti gambar2 tu akan dimasukkan di sini...just wait and see...c u


"Hadiah yang teristimewa bagiku adalah doa daripada seseorang yang ikhlas"



^0^ alhamdulillah for His blessing...syukur because He gave me love and care which I really hope to get it. Guess what?! Let it be secret 4 me...it is hard to say and write here...but i'm so happy...my big smile...:)) Just imagine "what you give, you get back"...is it true?

Mmm...yup..Insyaallah, but bare in mind that we have to be sincere in whatever we do. Sincerity comes from the bottom of your heart...This is what we call a "nature"...it is similar with give and take situation.


e.g : By giving love to other people, you will get the love back. Believe it or not?! Is it true? ( Loves that I mean here is loves among family members - husband and wife, sister and brother...) But it must be with full of sincerity and good intention... If we treat other people nicely, we also will be treated nicely. If we be honest to everyone, so...everyone will be honest to us!

"Keikhlasan hati seseorang insan hanya Allah yang Mengetahuinya"

Andai kau tahu,
Mengapa aku harus begini,
Menghitung waktu dan hari,
Menangis dan terus bersedih,
Terkadang diri merintih,
Mengenangkan sesuatu yang bukan dipinta berlaku...

Andai kau tahu,
Hati ini sering terkilan,
Walaupun sering kupujuk pujuk,
Agar ia tidak bernanah busuk,
Biarlah ku pendam segala rajuk...

Andai kau tahu,
Betapa aku mengharap,
Harapan yang tak pernah gelap,
Bakal berlaku dalam hidupku di saat itu,
Adakah aku bakal bertemu,
Impian dan harapan yang satu...

Andai kau tahu,
Luluh dan tangis mata ini,
Bagai sirnanya apa yang kucari,
Bagai ku lepaskan apa yang ku dakap,
Pada lafaz yang diungkap...

Andai kau tahu,
Di kamar hati masih menyimpan harapan,
Mungkin juga dimakbulkan,
Mungkin juga kekal tersimpan,
Segala penantian,
Yang tiada akhiran...


"Lidah boleh menipu, tapi hati tidak sekali-kali boleh menipu"

Assalamualaikum buat pembaca blogku semua...

Hmm..cuti sekolah dah pun bermula. Biasalah time cuti sekolah ni sinonim sangat dengan kenduri kendara. Ada pulak suara2 yang nakal, katanya cuti sekolah ni sinonim dengan musim mengawan.macam2 orang kata. Ape-ape aje...

30 mei 2009 adalah tarikh kawan saya melangsungkan pernikahan. Selamatlah sudah sorang kawanku ni...sekarang dah jadi isteri orang. Alhamdulillah dapat juga pergi ke walimahnya di teluk intan. seronok sebab dapat juga jumpa kawan2 lama..kami bergambar sakan, tapi terlupa plak nak bergambar dengan pengantin..he2..boleh pulak terlupa. maaf ye puan anie..^_~

Pengantin nampak berseri..warna oren pekat yang jadi tema mereka hari tu. tq pada anie, sebab bagi special gift pada kami yang boleh kira special guest la juga...around 1 ptg, saya bertolak balik. (tumpang kereta c.anis)

-Selamat Pengantin Baru-


"Barakallahu alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair"

Sekolah Terbilang: Gedung ilmu

Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my


KISAS menyediakan bahan rujukan lengkap bagi memberi peluang pelajar menimba sebanyak mungkin ilmu.

Kisas himpun cerdik pandai, pemimpin di kalangan lepasan sekolah agama

KOLEJ Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Klang dikenali sebagai gedung ilmu yang menghimpunkan cerdik pandai dan bakat kepimpinan di kalangan lepasan sekolah agama.

Antaranya, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Walaupun namanya sudah tiga kali ditukar sejak penubuhan pada 1955, kecemerlangan Kisas menghasilkan modal insan kelas pertama tetap berkekalan hingga kini dengan berpegang motto Bersama Rangkul Keunggulan.

Pengetuanya, Abdullah Jusoh, berkata budaya Islam dan suasana pembelajaran sempurna menjadi resipi kejayaan sekolah berteras agama itu melahirkan pelajar berilmu, berakhlak, bertakwa serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara.

Beliau berkata, berbekalkan pengetahuan, kemampuan dan jati diri unggul yang dipupuk, lepasan sekolah itu mampu bersaing di peringkat global dan menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai bidang serta kerjaya merentasi sempadan negara.

LITERASI komputer antara pendekatan dilakukan Kisas bagi membentuk pelajarnya celik teknologi maklumat.

Katanya, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) 'Tiada Muflis 3A' antara faktor yang merangsang pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik khususnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Malah, katanya sekolah berkenaan mencapai lonjakan saujana dalam peperiksaan itu tahun lepas dengan catatan gred purata sekolah 1.68, manakala 32 pelajar mendapat 1A semua 11 mata pelajaran serta dua lagi mendapat 121A.

Beliau berkata, sejajar penekanan pembangunan holistik, pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan kokurikulum turut digalakkan termasuk pertandingan Formula One In School Technology Challenge, Inovasi Sains dan Reka Cipta, debat, pidato, taekwondo, ragbi, tenis dan menembak.

"Sejak penubuhannya hingga kini, Kisas sentiasa menjadi tumpuan pelajar terbaik dari sekolah agama, selain melahirkan tokoh nasional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

"Satu lagi perbezaan Kisas berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) lain adalah mengadakan peperiksaannya sendiri dikenali Sijil Khas Kolej yang memberi merit khas kepada lepasan Kisas dalam bidang agama atau permohonan biasiswa.

"Kejayaan itu membuktikan sekolah berkenaan tidak menumpukan kepada aspek agama saja malah pembangunan holistik pelajar supaya mereka dapat membina masa depan keluarga dan negara menerusi pelbagai bidang," katanya.

Mengulas status sekolah kluster yang diterima sejak 2007, Abdullah berkata, lima faktor dijadikan keutamaan Kisas bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok sekolah cemerlang berkenaan.

Ia termasuk menghasilkan pelajar berintelektual tinggi, pemantapan sahsiah, membangunkan kemahiran insaniah, ketrampilan dan kecergasan fizikal, pengenalan persekitaran kondusif dan berkualiti menerusi program Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia serta menjalin hubungan komuniti.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan termasuk Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (Akademik/Kokurikulum) dan Anugerah Kokurikulum Terbaik SBP 2008 kerana muncul antara sekolah paling cemerlang di kalangan 54 SBP seluruh negara.

Pada awal penubuhannya, sekolah itu dikenali Kolej Islam Malaya (KIM) dan ditempatkan di bangunan bekas istana (Istana Anjung) di Klang yang dihadiahkan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor ketika itu.

Pada 1966 KIM ditukar nama kepada Kolej Islam Klang (KIK).

Pada 1972, kolej berkenaan diambil sepenuhnya Kementerian Pendidikan dan dinaikkan taraf sebagai SBP dan pada 1989, Sultan Selangor berkenan menukarkan nama KIK kepada Kisas.


Info

Pencapaian terbaik Kisas 2008

Antarabangsa


  • Johan - Kem Tutti Fratelli International

  • Medal of Peter O Halloran - Australian Mathematics Competition

  • Finalis - Mondialogo School Contest

    Kebangsaan

  • Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBP

  • Johan Kem Penulis Muda

  • Johan Pertandingan Folio Pengguna

  • Johan Debat Bahasa Arab


  • p/s : rinduuu...kat KISAS, dah hampir 6 tahun meninggalkan bumi waqafan
    nie...moga2 ada
    reunion untuk batch 02-03. ^_^


    ...(^_^)...

    p/s : redho dengan nasib, syukur dengan takdir


    Bila (^_^) dapat pahala...dan ni juga petua awet muda...


    Ha...dah nak cuti sekolah tak lame lagi...sesuai la gambar nie ^_^
    ( selamat pengantin baru buat sahabat2 yang bakal bergelar raja sehari )


    We LOVE Islam...BETUL 3x...


    Intibah!!! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA ( baca macam versi iklan kat tv)
    p/s : intibah = perhatian@attention


    Tak susah nak susah & Tak senang nak senang


    " ^_~ salamesrabadikhlasepenuhati "


    Kalau si teruna jumpa si dara berdua-duaan...sapa pulak yang ketiga??!

    “Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…” Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.


    Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;
    “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).

    Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.
    Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yang akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

    Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan sebegitu.

    Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;
    “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”

    Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yang perlu ada dalam diri manusia.


    Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

    Sayang…wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang selalu menimpa kaum wanita. Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.

    "Malu umpama perisai muslimah - ( malu yang bertempat ) "


    1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.


    2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

    3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

    4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

    5. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

    6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

    7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

    8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

    9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

    10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.


    p/s : Layyinul kalam qoyyidul qulub - kata2 yg lembut akan mengikat hati

    ...salam mesra ikhlas dariku buat seluruh warga pengunjung blog ini...alhamdulillah...2 hari lepas, saya baru ditawarkan untuk menulis novel, bergabung dengan seorang novelis syarikat buku PTS, Puan Zaiton @ kak zaiton...terkejut dan teruja juga bila diberi tawaran sebegini. Minat menulis memang ada, namun tak disangka rezeki datang serentak...menulis novel remaja islam dan motivasi remaja wanita..~_^..2 karya sekaligus.

    Huhu...nampaknya, kerja saya dah bertambah. Harap2 saya dapat cover 2 kerja ni dalam masa cuti yang berbaki ini...seronok juga bila dapat peluang ni, tapi kena kerja kuat sikit...supaya kualiti dan cerita yang ditulis menarik dan memberi kesan mendalam kepada para pembaca...(mohon hidayah dan ilham dariMU..)

    Yang penting, jangan mudah putus asa. -_- (walaupun kadang2 takde idea nak menulis)..Teruskan perjuangan!!!! Menulis dari hati dan moga2 terus masuk ke hati insan2 yang membaca. Mohon sokongan dari kalian agar dipermudahkan urusan ini...mmm, dateline untuk siapkan karya ni belum diberitahu lagi...

    Terima kasih buat keluarga yang menyokong penglibatan saya dalam bidang penulisan ini...mohon juga doa dari kalian yang membaca post nie..^_^..tq


    "Usah tangguh kerja, esok2 kita yang merana"

    Sempena sambutan hari guru esok, 16 mei 2009...saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh warga pendidik. Tak kira dimana jua kalian berada, saya doakan kesejahteraan untuk semua...

    Teristimewa buat bonda tersayang, yang juga merupakan seorang guru. Guru pertama dalam hidup saya...Selamat Hari Guru, Mak..^_~ semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

    Juga tidak dilupakan buat para guru saya yang telah mendidik diri ini...saya dedikasikan ucapan ini kepada guru tadika saya - Taski ABIM, Ustazah Norizan...guru2 di Sek. Keb. Kampar, SMKA Slim River, Kolej Islam Sultan Alam Shah serta para pensyarah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin dan Islamic Science University of Malaysia.

    Terima kasih kerana telah mengajar dan mendidik saya dan rakan2. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Sekalung doa kutitipkan buat insan2 yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada saya...syukran jazilan ^_^


    "Guru Umpama Lilin yang Sanggup Membakar Diri untuk Menerangi Hidup Insan Lain...^_^"

    KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG

    Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

    Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

    Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

    Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

    وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
    'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)



    KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN


    Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

    Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

    Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.


    Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

    Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.

    وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
    'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)

    *Petikan daripada buku ”Life is an open secret: Think about it” by Zabrina A. Bakar

    Mak,
    Kadangkala anakmu ini nakal sekali,
    Terkadang alpa dan sesekali terlena,
    Dibuai asyiknya dunia,
    Yang seringkali melupakan aku,
    Pada hakikat sebuah kehidupan...

    Mak,
    Kasihmu, sayangmu...hanya Dia yang Tahu,
    Ketulusanmu dalam menyayangiku zahir terpancar,
    Jauh di lubuk hatimu,
    Mengimpikan sebuah kebahagiaan,
    Khas buat semua anakmu...

    Mak,
    Segala kekuranganku, kelemahanku,
    Kau redho dan tulus menerimanya,
    Walau diri ini pernah gagal...
    Gagal mengukir senyuman bahagia untukmu...

    Mak,
    Anakmu kini bangkit dari kegagalan itu,
    Kerna tekad untuk membuktikan pada semua,
    Bahawa aku mampu untuk mengembalikan..
    Senyuman dan tawamu,
    Berbekalkan doa dan semangatmu,
    Yang sentiasa mengiringiku,
    Disaat diri ini kesedihan...

    Mak,
    Ku pohon padamu,
    Restuilah aku...doakanlah aku,
    Agar setiap langkahku dipermudahkan,
    Agar ku mampu mengukir senyum dan tawamu selalu,
    Yang bakal membahagiakan diriku...

    Mak...
    Selamat Hari Ibu kuucapkan padamu...
    Dikaulah insan teristimewa yang tiada tandingannya...
    I love you Mak...^_^
    Bagiku, setiap hari adalah HARI IBU.

    "Al jannatu tahta aqdamil Ummahat"





    Pengalaman
    adalah guru
    yangterbaik!!!
    Believe it or not?!











    ~Formula berjaya~

    Usaha + Doa + Tawakkal
    Redho + Syukur










    "A genuine friend cares without condition, gives without hesitation, understand without explanation and remember without communication"

    Bumi

    Bumi merangkumi lautan, udara, daratan dan segala isi di dalamnya. Bumi mempunyai pelbagai hasil yang amat istimewa dan ianya merupakan nikmat Allah kepada manusia. Tetapi sayangnya kita tidak menghargai nikmat itu dengan melakukan kerosakan pada alam. Akibatnya, Allah membalasnya dengan menurunkan bencana seperti banjir, tsunami dan gempa bumi agar manusia sedar bahawa bumi ini sudah semakin tua dan rosak.

    Ada kisah mengenai peristiwa Isra' Mikraj..ketika Nabi melakukan Mikraj ke Sidratulmuntaha, baginda melihat ada seorang tua yang bergigi rompong, beruban, kurus dan berwajah yang sangat tua.

    Lalu Nabi bertanya kepada Jibril, "Siapa gerangan orang tua itu?"

    Maka Jibril pun menjawab, "Orang tua itu adalah perumpamaan BUMI yang sangat tua.

    "Save our environment"

    Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung ...
    Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga ... Kenapa??
    Kerana ... CINTA itu buta..


    Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...Kenapa??
    Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!!

    Di dalam telaga CINTA hilang...Kenapa??
    Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
    Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu .. Kenapa?? Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.


    Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI ....
    Walau kita punya harta banyak...KAWAN yg baik tetap yang paling berharga...


    "Cinta boleh menyebabkan kawan menjadi lawan"

    Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

    Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

    Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

    Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

    Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."

    Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

    Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

    Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahim."

    Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

    Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

    "Kun, fa yakun"

    Iqra'

    Kalendar

    Nasyid.fm

    Al - Hiwar


    ShoutMix chat widget

    Pemilik blog

    My photo
    kampar, perak, Malaysia
    pelajar tahun 3 kuliyyah dirasat allughat arra'iesah fi jamiah al-ulum al-islamiah al maliziyyah

    Followers