...bila hati berbicara

" ..pabila kamar hati disapa..kalam berbunga indah..pabila kamar hati berbicara..dunia bertukar wajah.."

Salam 9 Ramadhan buat seluruh pembaca yg budiman...

Bagaimana puasa dan ibadah kita hari ini? =) Semoga kita sama2 dapat mempertingkatkan amalan seiring meningkatnya usia. insyaAllah.

"Cintakan negara, sebahagian daripada iman"

Maksud hadis ini, ana petik sebagai pedoman kita semua. Sambutan hari kemerdekaan negara kita jatuh dalam bulan yang mulia ini, alhamdulillah. Esok, 31 ogos bersamaan 10 Ramadhan, kita akan menyambut "besday" kemerdekaan negara. Alhamdulillah, kerana kita masih mampu hidup dalam aman, tanpa peperangan dan berpeluang melaksanakan ibadah kepadaNya dalam suasana yang tenang. Seharusnya kita bersyukur diatas nikmat yang tidak ternilai ini.

Tanda adanya iman dalam diri seseorang ialah rasa cinta terhadap negaranya sendiri. Pabila kita cinta dan sayangkan negara, sudah pasti kita akan menjaga kemakmuran dan keamanan tanahair ini. Rasa cinta dan sayang bukan hanya pada negara semata-mata bahkan terhadap masyarakat dan komuniti yang berada bersama kita.

Bagaimana caranya?

Kedatangan hari kemerdekaan perlu disambut dengan penuh syukur. Apatah lagi dalam bulan Ramadhan ini. Berdoalah agar saudara2 kita di seluruh dunia agar diselamatkan dan dipelihara daripada anasir2 jahat dan zalim. Hanya Dia yang Maha Berkuasa.

Kuasa cinta amat hebat! Dengan cinta yang lemah jadi kuat, yang sakit jadi bertenaga...justeru, masyarakat Islam hari ini perlu bangkit dari lena dan rasa mengantuk. Bangkit daripada kelemahan...kerana lemah itu punca masyarakat Islam ini ditindas. Orang Islam perlu menguasai ilmu, bukan hanya ukhrawi malah duniawi. Jika kita ingin melawan pihak musuh, kita perlu memiliki strategi dan senjata yang ampuh bagi mengalahkan musuh...apa lagi kalau bukan dengan ILMU.

Dengan ilmu, kita mampu menguasai dunia. Dengan ilmu kita mampu mengembalikan kegemilangan Islam yg suatu ketika dulu digeruni dan disanjung tinggi. Apa yang menyedihkan, umat Islam kian lemah. Kebanyakan bidang ilmu yang dimiliki cendiakawan Islam kini sudah dimonopoli oleh orang bukan Islam.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Australia, beliau mengkaji bagaimana orang Israel memiliki kecerdikan yang tinggi. Genius. Ramai diantara penerima anugerah Nobel adalah dari kalangan mereka. Hasil kajian beliau ialah para ibu yang mengandung diberi makan makanan yang berkhasiat seperti kurma, kismis, kacang dll yang kita sedia maklum makanan ini amat bagus untuk kesihatan. Malah Nabi juga turut mengamalkan makanan2 ini.

Selain itu, para ibu melazimi diri mereka dengan menyelesaikan soalan2 matematik! Ini bertujuan agar anak yg bakal lahir menjadi pakar dalam bidang yang melibatkan pengiraan...dan hasil kajiannya juga turut mendapati bahawa para graduan yang ingin menamatkan pengajian mereka di sebuah universiti Israel perlu membuat satu produk @ projek yang menghasilkan keuntungan yang besar. Jika tidak mereka tidak akan bergraduasi.

Mungkin inilah strategi awal yg telah mereka kaji dan laksanakan. Justeru, sempena Ramadhan ini, marilah kita berazam agar diberi kekuatan untuk berjuang dan berusaha dalam menegakkan Islam. Berjuang bukan hanya di medan perang. Keamanan yg dikecapi kini bukan penentu untuk keamanan akan datang. Tanpa ilmu, kita boleh diperkotak-katikkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Ilmu umpama cahaya.

Salam kemerdekaan buat semua.

Assalamualaikum

Ya Allah, syukur padaMu kerana aku masih berpeluang bertemu Ramadhan kali ini...alhamdulillah =)

Jom cari Lailatul Qadr =)

Ramadhan bulan yang penuh Rahmat + Maghfirah

Tawaran Istimewa Sempena Ramadhan!!! =) Let's enjoy the Ramadhan with ibadah


Pada subuh tadi, seorang kenalanku merangkap junior ku semasa di KUSZA dahulu telah pergi menghadap Ilahi...berita pemergiannya ku tahu ketika aku berada dalam kelas...innalillahi wainna ilaihi roji'un...sejuk jari jemari ini ketika membaca mesej di telefon bimbitku mengenai berita ini...

Ya Allah, ampunilah dosa2ku, dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia...semoga roh mereka dicucuri rahmat...amin.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan

Kau sahabatku kau teman sejati


Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami

Memori indah kita bersama terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati


Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan

Tuhan lebih menyayangi dirimu

Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu

Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini

Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau

Bagai semalam kau bersama kami


Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan

Moga di sana kau bersama para solehin

Ku sahabatku kau teman sejati


"Kematian yang datang tak mengenal usia...segalanya dalam rahsia Allah"

"Tauke cafeteria yang bawa kereta wira tu dah meninggal...dia sesak nafas"...terkejut aku apabila mendengar khabar berita ini...inna lillahi wainna ilaihi roji'un...

Kejadian yang berlaku, amat mengejutkan aku...apatah lagi baru 3 hari lepas bercakap dgn si arwah tatkala menempah makanan...arwah masih muda dan sihat...malah beliau juga ramah menyapa warga kolej kediaman yang datang membeli makanan di situ...

Allah Maha Berkuasa

"Patutlah petang semalam cafe tutup"... balasku pabila mengingati kembali saat aku pergi ke cafe untuk membeli makan malam semalam.

Terfikir aku sendirian mengenangkan diri sendiri...entah esok,lusa atau bila aku tak tahu. Apa yang pasti...kematian bakal menjemputku pada bila2 masa...tak kira dimana, bila, bagaimana....semuanya dalam rahsia Allah. Usia muda bukan suatu jaminan untuk kita bersuka ria...walaupun gholibnya yang tua akan pergi dahulu...

"Allahummakhtim lana bihusnil khotimah...wa la takhtim a'laina bi suu'il khotimah"...doa kupanjatkan padaNya..semoga diri ini diampunkan dosa2 dan diakhiri kehidupan di dunia ini dengan sebaik2 pengakhiran...

Aku masih ingat, tatkala mendapat berita pemergian arwah pakcikku yang amat kusayangi pada 21 Julai 2008 yang lalu...petang itu aku baru selesai berwudhu untuk menunaikan solat Asar. Panggilan telefon dari kakakku membuatkan aku bagai terkedu dan tidak percaya. Terasa seolah2 apa yg disampaikan itu tidak benar sama sekali. Masakan tidak, baru minggu lepas aku berjanji dengannya...memintanya untuk membawaku berjalan2 di sekitar KL...tapi, kami tak sempat keluar bersama kerana kebetulan aku terlibat dengan program fakulti. Namun, kami sempat berjanji untuk keluar lain kali...

Entah mengapa, air mata tidak menitis langsung ketika itu. Apa yang ada difikiranku hanyalah - bagaimana caranya untuk aku pulang ke kampung?! Aku tabahkan diri...alhamdulillah, dengan bantuan sahabatku aku dapat pulang ke kampung...Sedih menyelubungi diri, kerana diri ini tak sempat menatap arwah buat kali terakhir...setibanya di kampung, keluargaku baru shj pulang dari tanah perkuburan...dan di rumah itu, aku renung katil beralas kain putih, tempat jenazah diletakkan sebelum disemadikan di tanah perkuburan yang sama dgn arwah Tok Wan ku...katil itu ku renung lagi...bagai tak percaya pakcik sudah meninggalkan kami semua...dialah seorang bapa saudara yang amat rapat denganku...yang selalu bergurau dan bermain2 dgn kami...ya Allah, semoga kau ampuni dosa2nya...amin

Tanpa ku sedari, air mataku mengalir laju...saat aku membacakan yasin untuknya usai solat subuh..hati ini sebak dan sayu..mengenangkan arwah...dan pertemuan kami yang tidak kesampaian...

Kini, dah setahun lebih pakcik pergi meninggalkan kami. Aku tetap mendoakan kesejahteraan arwah. Semoga arwah, Tok Wan dan seluruh umat Islam yang telah pergi, diampunkan dosa dan dimasukkan dalam golongan hamba2Nya yang dikasihi...

Kematian membuatkan aku lebih menyedari hakikat kehidupan. Semoga baki kehidupanku dapat ku gunakan dengan sebaiknya...kerna pabila saat itu tiba...kita tak mampu lagi untuk berpatah semula...


"Kehidupan dunia adalah penentu kehidupan di akhirat"

Iqra'

Kalendar

Nasyid.fm

Al - Hiwar


ShoutMix chat widget

Pemilik blog

My photo
kampar, perak, Malaysia
pelajar tahun 3 kuliyyah dirasat allughat arra'iesah fi jamiah al-ulum al-islamiah al maliziyyah

Followers