...bila hati berbicara

" ..pabila kamar hati disapa..kalam berbunga indah..pabila kamar hati berbicara..dunia bertukar wajah.."

Assalamualaikum wbt

Bertemu kembali kita di medan maya ini. Kesempatan bertamu ke tahun baru 2010 disambut dengan rasa syukur kepada Allah. Alhamdulillah. Walaupun sudah seminggu lebih kita berada dalam tahun baru ini, namun terkadang masih tersilap ketika hendak menulis tarikh. Sedar ataupun tidak...apabila masuk tahun baru ini, bermakna semakin meningkatlah usia kita.

Syukur padaNya kerana pada akhir tahun 2009, Dia mengabulkan impian dan hajat saya yang telah hampir 7 tahun disimpan di dalam hati. Saya terlalu ingin belajar di bumi Jordan. Alhamdulillah. Saya berpeluang mengikuti kursus bahasa Arab di Universiti Yarmouk, Jordan selama 6 minggu. Saya dan rakan2 lain berkesempatan meraikan eid Adha di sana. Ketika itu, musim sejuk, namun saya tidak sempat bermain salji kerana kemungkinan salji turun pada bulan januari atau februari. Sedangkan 1 januari saya dijadualkan pulang ke malaysia. Namun, pengalaman sepanjang berada di sana walaupun hanya sebulan lebih akan tetap menjadi kenangan terindah dalam diari hidupku. Insyaallah.

Kini, saya sudah pun memasuki semester 6. Hanya berbaki 2 semester lagi sebelum tamat degree. Sem baru cabaran baru. Walau apa pun...saya perlu perbaiki kelemahan dan menggandakan usaha agar semester ini untuk mengukir kejayaan dan kebahagiaan untuk diri sendiri dan semua insan yg telah banyak membantu termasuk keluarga, teman baik, pensyarah dan lain2.

Ada lagi 1 hajat dan impian saya yg belum tercapai setelah hampir 6 tahun terpendam dalam hati. Moga2 dimakbulkan dan dipermudahkan semuanya. amin.

Salam alaik...

Memang dah lamaaa sangat saya tak up date blog ini. Sejak memiliki 2 blog, saya bagaikan kurang 'adil' dalam menjengok kedua2nya..^_~. Namun, akhirnya hari ini saya kembali mencoret...

Salam Imtihan

Buat para sahabat dan kenalan yg kini menghadapi final exam, semoga najah diucapkan. Usahalah selagi terdaya, usah dirisaukan sangat natijah yg bakal kita perolehi...tetapi, bimbanglah andai usaha yang kita buat belum mencukupi untuk mencapai apa yang diimpikan...

Berkat usaha kita dalam mencari ilmu takkan dipersiakanNya. Walau apa jua keputusan yg kita perolehi, ucaplah Alhamdulillah. ^_^


Salam Musafir ke Bumi Anbiya'

Alhamdulillah, saya terpilih menyertai kursus bahasa arab yg akan diadakan di Jordan sepanjang cuti semester nanti. Bermula 23 nov hinggalah 1 jan...^_~ Doakan agar saya dan kawan2 selamat dlm perjalanan dan diberkati Allah sentiasa. amin


Tahmid Kesyukuran

Syukur padaNya, kerana baru semalam saya mendapat lagi 1 berita gembira. Saya dan 4 org lagi pelajar terpilih menjadi calon anugerah pelajaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ia dipilih berdasarkan ranking dalam Universiti...terima kasih ya Allah, atas kurniaanMu ini. Dapat atau pun tudak, bukanlah menjadi keutamaan. Apa yg penting, sekurang2nya berita ini dapat menggembirakan hati keluarga saya terutamanya MAK...terima kasih atas doamu yang tak putus2...


Akhir kalam...semoga nikmat yang kita milik hari ini, kita dapat mensyukurinya dan menghargainya...usah nanti sedih dan kesal tatkala nikmat itu hilang tanpa sempat kita mengucapkan syukur padaNya...


Ni graduan termuda!!! Nasuha yang bergaya =)


Bersama kawan2 yang dah bergelar UsTazaH!


Asiah dan Ziela ketika dalam DABS


My sis dan Mujahid ( so cute laa Mujahid ni...mesti besar nnti handsome kan?!)


Bergambar depan pintu masuk DABS

p/s : Dah lama dah konvo Dip ni...baru hari ni masukkan gambar. Tahniah kepada kawan2 dan diri sendiri...^O^

Isu Purdah... Pembaca Jangan Cepat Melatah Bila Akhbar Picisan Mencuit ....

Saturday, October 10, 2009

Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :

Perbahasan Niqab dan Hukum Pemakaiannya

Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Ditulis oleh :

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 10,
Keherah Mesir


22 Ramadhan 143o

Sedar tak sedar kita dah hampir ke penghujung Ramadhan. Hati ini terasa sedih sekali. Entah berpeluang untuk bertemu lagi Ramadhan akan dtg ataupun tidak. Sekarang ni pun, dah banyak kita dengar lagu2 raya di radio2 dan ada juga kawan2 yang jadikan sebagai ring tone handset...

Walau apa pun, semua tu tidaklah salah. Cuma bimbang dan sedih jika kita dilihat seolah-olah terlalu ghairah dengan Aidilfitri tanpa bersungguh2 beramal dalam bulan puasa. Sedih dan menyedihkan...=(

Semoga kita diberi kekuatan dan kesempatan untuk terus istiqamah beramal ibadah keranaNya.amin

Salam 9 Ramadhan buat seluruh pembaca yg budiman...

Bagaimana puasa dan ibadah kita hari ini? =) Semoga kita sama2 dapat mempertingkatkan amalan seiring meningkatnya usia. insyaAllah.

"Cintakan negara, sebahagian daripada iman"

Maksud hadis ini, ana petik sebagai pedoman kita semua. Sambutan hari kemerdekaan negara kita jatuh dalam bulan yang mulia ini, alhamdulillah. Esok, 31 ogos bersamaan 10 Ramadhan, kita akan menyambut "besday" kemerdekaan negara. Alhamdulillah, kerana kita masih mampu hidup dalam aman, tanpa peperangan dan berpeluang melaksanakan ibadah kepadaNya dalam suasana yang tenang. Seharusnya kita bersyukur diatas nikmat yang tidak ternilai ini.

Tanda adanya iman dalam diri seseorang ialah rasa cinta terhadap negaranya sendiri. Pabila kita cinta dan sayangkan negara, sudah pasti kita akan menjaga kemakmuran dan keamanan tanahair ini. Rasa cinta dan sayang bukan hanya pada negara semata-mata bahkan terhadap masyarakat dan komuniti yang berada bersama kita.

Bagaimana caranya?

Kedatangan hari kemerdekaan perlu disambut dengan penuh syukur. Apatah lagi dalam bulan Ramadhan ini. Berdoalah agar saudara2 kita di seluruh dunia agar diselamatkan dan dipelihara daripada anasir2 jahat dan zalim. Hanya Dia yang Maha Berkuasa.

Kuasa cinta amat hebat! Dengan cinta yang lemah jadi kuat, yang sakit jadi bertenaga...justeru, masyarakat Islam hari ini perlu bangkit dari lena dan rasa mengantuk. Bangkit daripada kelemahan...kerana lemah itu punca masyarakat Islam ini ditindas. Orang Islam perlu menguasai ilmu, bukan hanya ukhrawi malah duniawi. Jika kita ingin melawan pihak musuh, kita perlu memiliki strategi dan senjata yang ampuh bagi mengalahkan musuh...apa lagi kalau bukan dengan ILMU.

Dengan ilmu, kita mampu menguasai dunia. Dengan ilmu kita mampu mengembalikan kegemilangan Islam yg suatu ketika dulu digeruni dan disanjung tinggi. Apa yang menyedihkan, umat Islam kian lemah. Kebanyakan bidang ilmu yang dimiliki cendiakawan Islam kini sudah dimonopoli oleh orang bukan Islam.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Australia, beliau mengkaji bagaimana orang Israel memiliki kecerdikan yang tinggi. Genius. Ramai diantara penerima anugerah Nobel adalah dari kalangan mereka. Hasil kajian beliau ialah para ibu yang mengandung diberi makan makanan yang berkhasiat seperti kurma, kismis, kacang dll yang kita sedia maklum makanan ini amat bagus untuk kesihatan. Malah Nabi juga turut mengamalkan makanan2 ini.

Selain itu, para ibu melazimi diri mereka dengan menyelesaikan soalan2 matematik! Ini bertujuan agar anak yg bakal lahir menjadi pakar dalam bidang yang melibatkan pengiraan...dan hasil kajiannya juga turut mendapati bahawa para graduan yang ingin menamatkan pengajian mereka di sebuah universiti Israel perlu membuat satu produk @ projek yang menghasilkan keuntungan yang besar. Jika tidak mereka tidak akan bergraduasi.

Mungkin inilah strategi awal yg telah mereka kaji dan laksanakan. Justeru, sempena Ramadhan ini, marilah kita berazam agar diberi kekuatan untuk berjuang dan berusaha dalam menegakkan Islam. Berjuang bukan hanya di medan perang. Keamanan yg dikecapi kini bukan penentu untuk keamanan akan datang. Tanpa ilmu, kita boleh diperkotak-katikkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Ilmu umpama cahaya.

Salam kemerdekaan buat semua.

Assalamualaikum

Ya Allah, syukur padaMu kerana aku masih berpeluang bertemu Ramadhan kali ini...alhamdulillah =)

Jom cari Lailatul Qadr =)

Ramadhan bulan yang penuh Rahmat + Maghfirah

Tawaran Istimewa Sempena Ramadhan!!! =) Let's enjoy the Ramadhan with ibadah

Iqra'

Kalendar

Nasyid.fm

Al - Hiwar


ShoutMix chat widget

Pemilik blog

My photo
kampar, perak, Malaysia
pelajar tahun 3 kuliyyah dirasat allughat arra'iesah fi jamiah al-ulum al-islamiah al maliziyyah

Followers