...bila hati berbicara

" ..pabila kamar hati disapa..kalam berbunga indah..pabila kamar hati berbicara..dunia bertukar wajah.."

Alhamdulillah, hari ni saya berkesempatan untuk menulis post baru...mggu lepas, broadband ada masalah sikit, jadi tak dapat nak masuk blog ni...

Sebenarnya, saya sedang menghitung hari...guess what?!!..actually, rasa tak sabar nak habis exam dan nak balik rumah..RINDU pada family dan sudah pasti rinduuu..pada masakan mak! (tak larat dah nak makan kat sini, namun ku gagahi jua)..(~_~)

Exam terakhir pada 4 mei nanti dan insyaallah petang tu saya akan pulang ke Perak.Moga2 dipermudahkan perjalanan kami, amin..oh yea..esok hari cuti umum sempena Hari Pekerja..dan ESOKnye??? (^_~) he3

"Penantian itu suatu Ujian"


Ya Allah...tambahkan imanku, Ya Allah kuatkan imanku...


Yang mana satu???


Jom, renovate "hearty" kita...Camne tu? Sama2 kita perbanyakkan Istighfar, zikrullah, solat, ikhlaskan hati, buang hasad dengki, ghadhul basor..etc



Hati-hati dengan HATI...(-_-)


"Hati umpama raja dalam diri, kemudilah hati dengan nur Ilahi agar ia tidak mati"

Justify Full
Assalamualaikum w.b.t.

Comel tak baby tu?? comel kan...gebu je..baby yang suci tanpa dosa. Gambar ni saya ambil dari laman web iluvislam.com. (laman web my friend masa kat KISAS dulu)...sebenarnya terdetik di hati nak tengok blog sahabat lamaku semasa di KISAS dulu, Marhamah. Jadi letaklah gambar baby sebagai hiasan gambar kali ni. Alhamdulillah, Mar selamat melahirkan baby sulungnya pada 11 April 2009 yg lalu. Nama puterinya, Tuan Ilham...comel anaknya..(^_^)

Tak sangka, sungguh pantas masa berlalu...sahabatku yang sorang ni sudah pun bergelar ummi. Alf Mubarak ya ukhti!! Selain tu ada lagi sahabat2 lain yang dah pun memegang status yang sama ; murshida, murniyati, k.amanina, huda dan yang sudah pun bertukar status Cik kepada Puan agak ramai ; nuha, teem, nurul, k.na, k.maliza, k.amalina (maaf andai ada nama2 yg tertinggal)...dan ada juga yang bakal menjadi pengantin baru pada bulan 6 nanti, sahabatku Rohani Musa...tahniah buat kalian!

Walau apa jua status kita, peranan dan taklifan kita sebagai hambaNya, tetap sama...cuma berbeza mengikut amanah yang dipegang oleh setiap manusia. Amanah itu adalah sesuatu yang amat berat dan Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk dipikulnya. Anak yang dianugerahkan adalah amanah Allah yang tidak ternilai harganya. Mereka lahir suci tanpa dosa dan noda, justeru ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka...inilah aset yang perlu dijaga dan dididik dengan tarbiyah agama agar menjadi bekalan kepada ibu bapa di negeri abadi.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tiap-tiap anak-anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang mencoraknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi" - (Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Anak soleh permata ayah bonda"


Bersama kawan-kawan...baru lepas menang kuiz, dapat hadiah 1 tin biskut


Kawan ni ada macam2 jenis. Ada yang baik hati, ada yang kelakar, ada yang pemarah , ada juga yang setia dan tak kurang juga ada jenis kawan makan kawan...

Kawan umpama cermin pada diri seseorang, kenapa? Sebab, orang lain akan mudah menilai seseorang melalui kawannya...kalau berkawan dengan orang yang baik akhlaknya, insyaallah kita pun akan terdorong untuk menjadi baik dan begitulah sebaliknya. Jadi, penting untuk kita mencari kawan yang baik yang layak digelar SAHABAT...

Bersama kawan-kawan (UNIQUE's Group)

Bila berkawan dengan seseorang, kita haruslah ikhlas dan jangan sesekali mengambil kesempatan terhadap kawan kita. Hargailah jalinan ukhwah yang ada...usahlah kerana luka yang kecil, ianya merebak dan menjadi busuk bernanah...maafkan kekhilafan yang berlaku kerana kita adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis sukar ditemui...
Semoga kita dapat menjadi kawan yang baik yang bergelar SAHABAT juga TEMAN SEJATI...


"Ukhwah itu indah jika semuanya kerana Allah"


Teristimewa buat kakakku yang menyambut hari ulangtahun kelahirannya yg ke 27 pada hari ini. Semoga diberkati usia dan dipermudahkan segala urusan. Moga-moga tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang....salam mesra dari adikmu di perantauan...(^_^)


"Life is short , so make it sweet"



Apabila dikau berdoa dan doa itu belum dimakbulkanNya...itu tandanya Allah mahu dikau terus memohon, merayu dan meminta padaNya...

Apabila dikau berdoa dan doa itu tidak dimakbulkanNya...itu tandanya dia mengaturkan yang terbaik untukmu...

Apabila dikau berdoa dan doa itu dimakbulkanNya...itu tandanya dia ingin mengujimu...adakah dikau bersyukur atau leka dengan nikmat yang diberikanNya...

Hakikatnya, nikmat dan dugaan itu datangnya daripada Kasih dan Sayang Allah kepada kita...


"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...Jika ada sesiapa yang pinta untuk diHATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"

Esok saya mula menjalani final exam semester 4...petang tadi dah siap habis baca buku psikologi. esok exam waktu petang jadi, insyaallah esok boleh ulang baca sekali lagi..


Moga- moga apa yang saya baca akan keluar dalam exam (mohon dengan sangat)..dan ianya dapat menjadi ilmu yang bermanfaat kepada saya. Teringat saya pada satu ceramah yang telah disampaikan oleh seorang ustaz dari Majlis Agama Islan Negeri Sembilan (MAINS), beliau mengatakan bahawa ilmu dan maklumat adalah berbeza walaupun secara zahirnya macam sama..maklumlah time exam ni ramai yang pulun baca buku@nota...

Ilmu adalah pengetahuan yang melekat dalam hati dan ingatan kita...dan dengan ilmu kita dapat menjadikan diri kita lebih baik dari yang sebelumnya, tapi maklumat adalah pengetahuan yang kita cuma ingat dalam tempoh yang tidak lama dan belum tentu dapat meng"islah"kan kita...dan akhirnya hilang entah kemana..

Tapi setakat mana apa yang kita hafal dan faham akan selamanya kekal dalam memori kita?? Kebanyakannya akan hilang lepas habis exam...seolah-olah macam kita baca buku hanya untuk exam semata-mata..lepas tu, buku dan nota entah ke mana. Yang lebih menyedihkan bila habis exam, buku dan nota bersepah dan tercicir merata-rata..jadi, cuba kita renungkan...sama ada apa yang kita baca selama ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada kita atau sekadar maklumat sahaja..

"ilmu itu cahaya"

...ape makne tajuk post entry kali ni ye?..setelah difikir2..dihitung2..saya pun decide untuk buat tajuk ni sempena final exam next week..mmm, dah ready ke nak exam ni? mesti ade yang study maut sebab nak dapat dean's list (nawaitu kena betul nie)..tak kurang juga yang study last minute dan ala-ala kadar je..ape2 pun preparation kena lengkap ibarat pahlawan nak pergi berperang. kalau senjata tak cukup, musuh akan kalahkan kita...so, fikir2 kan bersama dan...selamat beramal!!
eh..eh..muqadimah dh panjang pulak..

Sebut pasal study, sudah tentu ramai antara kita yang nak capai kecemerlangan..musim2 exam ni kita kena jaga kesihatan. Ramai student yang suka study sampai lewat malam sampai tak cukup tidur gara-gara nak EXAM..Di sini kita kena tau apa yang perlu kita lakukan agar proses ulangkaji kita berkesan dan smart. Badan dan otak kita perlukan rehat yang cukup agar pusingan biologi juga terjaga.

"Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk tebaran (mencari rezeki)" - Al Furqan : 47

Ayat di atas menjelaskan, badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri. Sistem ini yang menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Untuk cemerlang, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja.

Waktu tidur perlu dijaga kerana ia juga adalah ibadah. Ia perlu dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah...haa...cuba kita tanya diri masing2..pernah tak kita tidur lewat sebab tengok televisyen sampai lewat malam atau main game atau berbual2 kosong atau ape2 je..esok pagi, confirm bangun lewat kan?

Jadi, jom kita sama2 jaga waktu tidur ni. Nak tau tak? Nabi juga mengambil kira pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat merehatkan diri dan memenuhi keperluan jasad untuk menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah..haa..penting kan menjaga waktu tidur kita..

Nak cemerlang perlu usaha, bukan berharap sahaja...

Dare to Excel

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa dari rumpun Semit yang digunakan oleh orang-orang yang mendiami semenanjung Arabia di bahagian barat daya Asia.
Ada 2 kaedah dalam Bahasa Arab, iaitu kaedah
nahu yang berfungsi sebagai tatabahasa dan sarf yang berfungsi sebagai sistem tunggak pada setiap akar dan bentuk-bentuk perkataan. Ia ditulis dari kanan ke kiri berbanding bahasa Latin yang ditulis dari kiri ke kanan.

Iqra'

Kalendar

Nasyid.fm

Al - Hiwar


ShoutMix chat widget

Pemilik blog

My photo
kampar, perak, Malaysia
pelajar tahun 3 kuliyyah dirasat allughat arra'iesah fi jamiah al-ulum al-islamiah al maliziyyah

Followers