...bila hati berbicara

" ..pabila kamar hati disapa..kalam berbunga indah..pabila kamar hati berbicara..dunia bertukar wajah.."

Salam 9 Ramadhan buat seluruh pembaca yg budiman...

Bagaimana puasa dan ibadah kita hari ini? =) Semoga kita sama2 dapat mempertingkatkan amalan seiring meningkatnya usia. insyaAllah.

"Cintakan negara, sebahagian daripada iman"

Maksud hadis ini, ana petik sebagai pedoman kita semua. Sambutan hari kemerdekaan negara kita jatuh dalam bulan yang mulia ini, alhamdulillah. Esok, 31 ogos bersamaan 10 Ramadhan, kita akan menyambut "besday" kemerdekaan negara. Alhamdulillah, kerana kita masih mampu hidup dalam aman, tanpa peperangan dan berpeluang melaksanakan ibadah kepadaNya dalam suasana yang tenang. Seharusnya kita bersyukur diatas nikmat yang tidak ternilai ini.

Tanda adanya iman dalam diri seseorang ialah rasa cinta terhadap negaranya sendiri. Pabila kita cinta dan sayangkan negara, sudah pasti kita akan menjaga kemakmuran dan keamanan tanahair ini. Rasa cinta dan sayang bukan hanya pada negara semata-mata bahkan terhadap masyarakat dan komuniti yang berada bersama kita.

Bagaimana caranya?

Kedatangan hari kemerdekaan perlu disambut dengan penuh syukur. Apatah lagi dalam bulan Ramadhan ini. Berdoalah agar saudara2 kita di seluruh dunia agar diselamatkan dan dipelihara daripada anasir2 jahat dan zalim. Hanya Dia yang Maha Berkuasa.

Kuasa cinta amat hebat! Dengan cinta yang lemah jadi kuat, yang sakit jadi bertenaga...justeru, masyarakat Islam hari ini perlu bangkit dari lena dan rasa mengantuk. Bangkit daripada kelemahan...kerana lemah itu punca masyarakat Islam ini ditindas. Orang Islam perlu menguasai ilmu, bukan hanya ukhrawi malah duniawi. Jika kita ingin melawan pihak musuh, kita perlu memiliki strategi dan senjata yang ampuh bagi mengalahkan musuh...apa lagi kalau bukan dengan ILMU.

Dengan ilmu, kita mampu menguasai dunia. Dengan ilmu kita mampu mengembalikan kegemilangan Islam yg suatu ketika dulu digeruni dan disanjung tinggi. Apa yang menyedihkan, umat Islam kian lemah. Kebanyakan bidang ilmu yang dimiliki cendiakawan Islam kini sudah dimonopoli oleh orang bukan Islam.

Dalam satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah di salah sebuah universiti di Australia, beliau mengkaji bagaimana orang Israel memiliki kecerdikan yang tinggi. Genius. Ramai diantara penerima anugerah Nobel adalah dari kalangan mereka. Hasil kajian beliau ialah para ibu yang mengandung diberi makan makanan yang berkhasiat seperti kurma, kismis, kacang dll yang kita sedia maklum makanan ini amat bagus untuk kesihatan. Malah Nabi juga turut mengamalkan makanan2 ini.

Selain itu, para ibu melazimi diri mereka dengan menyelesaikan soalan2 matematik! Ini bertujuan agar anak yg bakal lahir menjadi pakar dalam bidang yang melibatkan pengiraan...dan hasil kajiannya juga turut mendapati bahawa para graduan yang ingin menamatkan pengajian mereka di sebuah universiti Israel perlu membuat satu produk @ projek yang menghasilkan keuntungan yang besar. Jika tidak mereka tidak akan bergraduasi.

Mungkin inilah strategi awal yg telah mereka kaji dan laksanakan. Justeru, sempena Ramadhan ini, marilah kita berazam agar diberi kekuatan untuk berjuang dan berusaha dalam menegakkan Islam. Berjuang bukan hanya di medan perang. Keamanan yg dikecapi kini bukan penentu untuk keamanan akan datang. Tanpa ilmu, kita boleh diperkotak-katikkan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Ilmu umpama cahaya.

Salam kemerdekaan buat semua.

Assalamualaikum

0 comments:

Post a Comment

Iqra'

Kalendar

Nasyid.fm

Al - Hiwar


ShoutMix chat widget

Pemilik blog

My photo
kampar, perak, Malaysia
pelajar tahun 3 kuliyyah dirasat allughat arra'iesah fi jamiah al-ulum al-islamiah al maliziyyah

Followers