...bila hati berbicara

" ..pabila kamar hati disapa..kalam berbunga indah..pabila kamar hati berbicara..dunia bertukar wajah.."

Sekolah Terbilang: Gedung ilmu

Oleh Rosniza Mohd Taha
yoniza@bharian.com.my


KISAS menyediakan bahan rujukan lengkap bagi memberi peluang pelajar menimba sebanyak mungkin ilmu.

Kisas himpun cerdik pandai, pemimpin di kalangan lepasan sekolah agama

KOLEJ Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Klang dikenali sebagai gedung ilmu yang menghimpunkan cerdik pandai dan bakat kepimpinan di kalangan lepasan sekolah agama.

Antaranya, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Walaupun namanya sudah tiga kali ditukar sejak penubuhan pada 1955, kecemerlangan Kisas menghasilkan modal insan kelas pertama tetap berkekalan hingga kini dengan berpegang motto Bersama Rangkul Keunggulan.

Pengetuanya, Abdullah Jusoh, berkata budaya Islam dan suasana pembelajaran sempurna menjadi resipi kejayaan sekolah berteras agama itu melahirkan pelajar berilmu, berakhlak, bertakwa serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara.

Beliau berkata, berbekalkan pengetahuan, kemampuan dan jati diri unggul yang dipupuk, lepasan sekolah itu mampu bersaing di peringkat global dan menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai bidang serta kerjaya merentasi sempadan negara.

LITERASI komputer antara pendekatan dilakukan Kisas bagi membentuk pelajarnya celik teknologi maklumat.

Katanya, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) 'Tiada Muflis 3A' antara faktor yang merangsang pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik khususnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Malah, katanya sekolah berkenaan mencapai lonjakan saujana dalam peperiksaan itu tahun lepas dengan catatan gred purata sekolah 1.68, manakala 32 pelajar mendapat 1A semua 11 mata pelajaran serta dua lagi mendapat 121A.

Beliau berkata, sejajar penekanan pembangunan holistik, pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan kokurikulum turut digalakkan termasuk pertandingan Formula One In School Technology Challenge, Inovasi Sains dan Reka Cipta, debat, pidato, taekwondo, ragbi, tenis dan menembak.

"Sejak penubuhannya hingga kini, Kisas sentiasa menjadi tumpuan pelajar terbaik dari sekolah agama, selain melahirkan tokoh nasional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

"Satu lagi perbezaan Kisas berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) lain adalah mengadakan peperiksaannya sendiri dikenali Sijil Khas Kolej yang memberi merit khas kepada lepasan Kisas dalam bidang agama atau permohonan biasiswa.

"Kejayaan itu membuktikan sekolah berkenaan tidak menumpukan kepada aspek agama saja malah pembangunan holistik pelajar supaya mereka dapat membina masa depan keluarga dan negara menerusi pelbagai bidang," katanya.

Mengulas status sekolah kluster yang diterima sejak 2007, Abdullah berkata, lima faktor dijadikan keutamaan Kisas bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok sekolah cemerlang berkenaan.

Ia termasuk menghasilkan pelajar berintelektual tinggi, pemantapan sahsiah, membangunkan kemahiran insaniah, ketrampilan dan kecergasan fizikal, pengenalan persekitaran kondusif dan berkualiti menerusi program Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia serta menjalin hubungan komuniti.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan termasuk Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (Akademik/Kokurikulum) dan Anugerah Kokurikulum Terbaik SBP 2008 kerana muncul antara sekolah paling cemerlang di kalangan 54 SBP seluruh negara.

Pada awal penubuhannya, sekolah itu dikenali Kolej Islam Malaya (KIM) dan ditempatkan di bangunan bekas istana (Istana Anjung) di Klang yang dihadiahkan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor ketika itu.

Pada 1966 KIM ditukar nama kepada Kolej Islam Klang (KIK).

Pada 1972, kolej berkenaan diambil sepenuhnya Kementerian Pendidikan dan dinaikkan taraf sebagai SBP dan pada 1989, Sultan Selangor berkenan menukarkan nama KIK kepada Kisas.


Info

Pencapaian terbaik Kisas 2008

Antarabangsa


  • Johan - Kem Tutti Fratelli International

  • Medal of Peter O Halloran - Australian Mathematics Competition

  • Finalis - Mondialogo School Contest

    Kebangsaan

  • Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBP

  • Johan Kem Penulis Muda

  • Johan Pertandingan Folio Pengguna

  • Johan Debat Bahasa Arab


  • p/s : rinduuu...kat KISAS, dah hampir 6 tahun meninggalkan bumi waqafan
    nie...moga2 ada
    reunion untuk batch 02-03. ^_^


    ...(^_^)...

    p/s : redho dengan nasib, syukur dengan takdir


    Bila (^_^) dapat pahala...dan ni juga petua awet muda...


    Ha...dah nak cuti sekolah tak lame lagi...sesuai la gambar nie ^_^
    ( selamat pengantin baru buat sahabat2 yang bakal bergelar raja sehari )


    We LOVE Islam...BETUL 3x...


    Intibah!!! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA ( baca macam versi iklan kat tv)
    p/s : intibah = perhatian@attention


    Tak susah nak susah & Tak senang nak senang


    " ^_~ salamesrabadikhlasepenuhati "


    Kalau si teruna jumpa si dara berdua-duaan...sapa pulak yang ketiga??!

    “Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…” Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.


    Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;
    “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).

    Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.
    Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yang akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

    Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan sebegitu.

    Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;
    “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”

    Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yang perlu ada dalam diri manusia.


    Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

    Sayang…wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang selalu menimpa kaum wanita. Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.

    "Malu umpama perisai muslimah - ( malu yang bertempat ) "


    1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.


    2. Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

    3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

    4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

    5. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

    6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

    7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

    8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

    9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

    10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.


    p/s : Layyinul kalam qoyyidul qulub - kata2 yg lembut akan mengikat hati

    ...salam mesra ikhlas dariku buat seluruh warga pengunjung blog ini...alhamdulillah...2 hari lepas, saya baru ditawarkan untuk menulis novel, bergabung dengan seorang novelis syarikat buku PTS, Puan Zaiton @ kak zaiton...terkejut dan teruja juga bila diberi tawaran sebegini. Minat menulis memang ada, namun tak disangka rezeki datang serentak...menulis novel remaja islam dan motivasi remaja wanita..~_^..2 karya sekaligus.

    Huhu...nampaknya, kerja saya dah bertambah. Harap2 saya dapat cover 2 kerja ni dalam masa cuti yang berbaki ini...seronok juga bila dapat peluang ni, tapi kena kerja kuat sikit...supaya kualiti dan cerita yang ditulis menarik dan memberi kesan mendalam kepada para pembaca...(mohon hidayah dan ilham dariMU..)

    Yang penting, jangan mudah putus asa. -_- (walaupun kadang2 takde idea nak menulis)..Teruskan perjuangan!!!! Menulis dari hati dan moga2 terus masuk ke hati insan2 yang membaca. Mohon sokongan dari kalian agar dipermudahkan urusan ini...mmm, dateline untuk siapkan karya ni belum diberitahu lagi...

    Terima kasih buat keluarga yang menyokong penglibatan saya dalam bidang penulisan ini...mohon juga doa dari kalian yang membaca post nie..^_^..tq


    "Usah tangguh kerja, esok2 kita yang merana"

    Sempena sambutan hari guru esok, 16 mei 2009...saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh warga pendidik. Tak kira dimana jua kalian berada, saya doakan kesejahteraan untuk semua...

    Teristimewa buat bonda tersayang, yang juga merupakan seorang guru. Guru pertama dalam hidup saya...Selamat Hari Guru, Mak..^_~ semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

    Juga tidak dilupakan buat para guru saya yang telah mendidik diri ini...saya dedikasikan ucapan ini kepada guru tadika saya - Taski ABIM, Ustazah Norizan...guru2 di Sek. Keb. Kampar, SMKA Slim River, Kolej Islam Sultan Alam Shah serta para pensyarah di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin dan Islamic Science University of Malaysia.

    Terima kasih kerana telah mengajar dan mendidik saya dan rakan2. Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Sekalung doa kutitipkan buat insan2 yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada saya...syukran jazilan ^_^


    "Guru Umpama Lilin yang Sanggup Membakar Diri untuk Menerangi Hidup Insan Lain...^_^"

    KISAH ORANG JEPUN DAN IKAN JERUNG

    Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan. Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.

    Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.

    Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis. Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.

    Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggap cabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

    وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
    'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut:3)



    KISAH PETANI DENGAN BIJI BUAH OREN


    Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu.

    Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain. Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.

    Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.


    Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.

    Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.

    وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
    'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)

    *Petikan daripada buku ”Life is an open secret: Think about it” by Zabrina A. Bakar

    Mak,
    Kadangkala anakmu ini nakal sekali,
    Terkadang alpa dan sesekali terlena,
    Dibuai asyiknya dunia,
    Yang seringkali melupakan aku,
    Pada hakikat sebuah kehidupan...

    Mak,
    Kasihmu, sayangmu...hanya Dia yang Tahu,
    Ketulusanmu dalam menyayangiku zahir terpancar,
    Jauh di lubuk hatimu,
    Mengimpikan sebuah kebahagiaan,
    Khas buat semua anakmu...

    Mak,
    Segala kekuranganku, kelemahanku,
    Kau redho dan tulus menerimanya,
    Walau diri ini pernah gagal...
    Gagal mengukir senyuman bahagia untukmu...

    Mak,
    Anakmu kini bangkit dari kegagalan itu,
    Kerna tekad untuk membuktikan pada semua,
    Bahawa aku mampu untuk mengembalikan..
    Senyuman dan tawamu,
    Berbekalkan doa dan semangatmu,
    Yang sentiasa mengiringiku,
    Disaat diri ini kesedihan...

    Mak,
    Ku pohon padamu,
    Restuilah aku...doakanlah aku,
    Agar setiap langkahku dipermudahkan,
    Agar ku mampu mengukir senyum dan tawamu selalu,
    Yang bakal membahagiakan diriku...

    Mak...
    Selamat Hari Ibu kuucapkan padamu...
    Dikaulah insan teristimewa yang tiada tandingannya...
    I love you Mak...^_^
    Bagiku, setiap hari adalah HARI IBU.

    "Al jannatu tahta aqdamil Ummahat"





    Pengalaman
    adalah guru
    yangterbaik!!!
    Believe it or not?!











    ~Formula berjaya~

    Usaha + Doa + Tawakkal
    Redho + Syukur










    "A genuine friend cares without condition, gives without hesitation, understand without explanation and remember without communication"

    Bumi

    Bumi merangkumi lautan, udara, daratan dan segala isi di dalamnya. Bumi mempunyai pelbagai hasil yang amat istimewa dan ianya merupakan nikmat Allah kepada manusia. Tetapi sayangnya kita tidak menghargai nikmat itu dengan melakukan kerosakan pada alam. Akibatnya, Allah membalasnya dengan menurunkan bencana seperti banjir, tsunami dan gempa bumi agar manusia sedar bahawa bumi ini sudah semakin tua dan rosak.

    Ada kisah mengenai peristiwa Isra' Mikraj..ketika Nabi melakukan Mikraj ke Sidratulmuntaha, baginda melihat ada seorang tua yang bergigi rompong, beruban, kurus dan berwajah yang sangat tua.

    Lalu Nabi bertanya kepada Jibril, "Siapa gerangan orang tua itu?"

    Maka Jibril pun menjawab, "Orang tua itu adalah perumpamaan BUMI yang sangat tua.

    "Save our environment"

    Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung ...
    Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga ... Kenapa??
    Kerana ... CINTA itu buta..


    Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...Kenapa??
    Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!!

    Di dalam telaga CINTA hilang...Kenapa??
    Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
    Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu .. Kenapa?? Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.


    Jadi, hargailah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI ....
    Walau kita punya harta banyak...KAWAN yg baik tetap yang paling berharga...


    "Cinta boleh menyebabkan kawan menjadi lawan"

    Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

    Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

    Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.

    Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

    Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."

    Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

    Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

    Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahim."

    Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

    Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."

    "Kun, fa yakun"

    Assalamualaikum w.b.t buat anda yang sedang membaca blog saya pada hari ini..ahlan wa sahlan kepada sesiapa yang baru pertama kali melawat blog "anisahsyuhada"..salam perkenalan saya hulurkan. (^_^)

    Alhamdulillah saya dan keluarga telah selamat tiba ke rumah pada jam 8 malam semalam setelah mengambil masa hampir 4 jam perjalanan dari kolej kediaman saya di Nilai Impian. Pada asalnya, keluarga saya dijangka akan tiba lewat di asrama, namun jam3 petang, mak dan abah dah pun berada di kawasan asrama...waah, seronok2..dapat juga balik awal.. Terima kasih mak, abah...cuma semalam tangan dan jari jemari saya kelihatan merah2 sebab berulang kali mengangkut barang2 dari tingkat 5!! almaklum, semester depan saya akan berpindah ke penempatan lain, jadi seluruh warga asrama diarahkan mengosongkan asrama.

    Dan hari ini, terasa sakit2 badan pula dek mengangkut barang2 semalam...bukan sikit, hampir penuh kereta dengan barang2 1 semester! berat2 pula tu..tp, syukur semuanya berjalan lancar..pagi tadi saya bangun awal..rasa bersemangat sebab terlalu rindukan suasana di rumah ^_^...macam2 nak dibuat hari ni, kemas rumah, memasak, menonton tv, surf blog ^_~ dan lain2.

    Di rumah, saya sekeluarga ada membela seekor kucing betina berwarna oren..kami panggil ia "KUBE"..nak tau kenapa? Sebabnya, dulu KUBE ni ada adik, jantan..kecil dari "dia". Masa tu kami tak letak ape2 nama lagi, dan tak terfikir langsung nak bagi nama manja..last2 adik saya, Anas@Abu Hurairah memberi cadangan yang saya fikirkan agak bernas, sesuai dengan usianya yang baru mencecah 7 tahun.

    "Mmm...kite panggil yang kecik ni..KUKE dan yang besar ni KUBE. Nak tak? soal adikku..

    "KUKE?? Kuke tu ape? KUBE pulak? balasku...

    "Kuke tu maknanye KUCING KECIL dan Kube tu KUCING BESAR"..ujarnya sambil mengukir senyuman..^_^

    "Erm..oklah," jawabku ringkas..Anas..Anas..memang bijak! Tersenyum melihat keletah adik saya bila dia bermain dengan KUBE dan KUKE.

    Disebabkan adik saya ni suka sangat pada kucing, Mak pun menggelarnya Abu Hurairah - sempena nama gelaran sahabat Nabi yang memiliki sifat suka pada kucing. Dan kepulangan saya pada cuti kali ini, saya lihat KUBE dah banyak berubah..seleranya kurang, makan hanya sedikit , semakin kurus, asyik tidur dan berehat.

    "Mungkin faktor usia kot," bisik hati saya..

    Dan KUKE pula dah lama pergi..bukannya ia telah mati, tetapi Mak telah "menyekolahkan" KUKE!! Di sekolah agama pula tu! ^_~ ...taklah, sebenarnya kami ada bawa KUKE berjalan2 naik van dan hari itu kami melawat Adik Anas di sekolahnya di Ipoh. Setibanya di situ, kami pun buka pintu van untuk keluar..dan sepantas kilat KUKE pun meloncat dan berlari keluar...dan hilang! tak dapat dikesan sampai hari ini...entah di mana KUKE sekarang...

    Eh2..macam lari pula dengan tajuk hari ni..

    Cuma apa yang saya ingin kongsikan kepada semua, tentang "sempurna". Saya mulakan dengan institusi yang paling asas iaitu - KELUARGA.

    Keluarga yang bahagia bermula dari dalam diri setiap anggota keluarga yang faham peranan dan tanggungjawab masing2 serta melaksanakannya. Rumah yang aman dan tenteram sudah tentu menjadi idaman kita. Suasana rumah yang dipenuhi dengan sifat mahabbah dan mawaddah antara seisi keluarga dapat mewujudkan suasana sakinah yang menjadi dambaan semua. Justeru, sempurnakan taklifan kita sebagai anggota keluarga seboleh mungkin, walaupun hakikatnya tiada yang sempurna di dunia ini...

    Seterusnya, peranan kita kepada MAKHLUK ALLAH yang lain. Sifat kasih yang tertanam terhadap ahli keluarga memang tidak dinafikan, dan jangan lupa semaikan juga sifat ehsan sesama makhluk Allah yang lain..tidak kira sama ada pokok bunga, burung, kucing (KUBE @ KUKE atau ape2 juga nama haiwan kesayangan kita) hatta semut dan sebagainya. Mereka juga perlu dikasihi. Ada kisah seorang perempuan yang masuk syurga kerana membantu anjing yang kehausan..Haa..nampak macam kecil saja pertolongan itu, tambah2 lagi pada haiwan seperti anjing, tapi ganjaran disisi Allah..Subhanallah..jadi, jom kita sama2 sempurnakan apa yang kurang..,

    Semoga kita dapat meneliti dari masing2..adakah kita telah bersifat ehsan terhadap makhluk2 Allah yang lain? Atau tidak ambil peduli?Sempurnakan harimu!!!


    "Sempurnakan harimu dengan zikrullah, sempurnakan hidupmu dengan zikrulmaut"

    Malam itu aku melihat2 jam handsetku...erm...11.54 mlm..


    Tiba2..handsetku berbunyi..

    Salam k.syu. Selamat Hari Jadi :) ...oh Salwa rupenye, awalnya mesej dia sampai..getus hatiku keriangan.

    Syukran Wa :)
    ...sending message..

    Tanggal 2 mei adalah hari ulangtahun kelahiran saya. Dan pada hari itu juga saya berkongsi hari lahir bersama sahabat, k.lia yang bezanya setahun jarak usia saya yang telah dilahirkan pada tarikh keramat ini ^_~ .Tak ketinggalan saya juga menerima ucapan hari lahir dari mak tersayang...terima kasih mak, syu cuma harapkan doa dan restu mak agar dipermudahkan segalanya buat anakmu ini..amin.

    Seinfiniti kesyukuran padaMu ya Allah, kerana masih lagi memberi peluang padaku melewati sisa hidup yang berbaki..meningkatnya usia bermakna bertambah singkat lagi baki kehidupan saya di dunia...moga2 saya dapat mengislahkan diri ke arah yang lebih baik..mohon padaMu..

    Salam sayang buat sahabat lamaku masa di KISAS dulu, Noraini Abdul Mulalek..terima kasih atas ingatan, ucapan dan doa yang dikirimkan semalam...

    "Dear Allah, help my friend live her life to the fullest. Please promote her and cause her to excel above expectations. Give her strength to shine in the darkest places and love where it is impossible to love. Please help her in everything she does, guide her in every step she takes, and be with her ya Allah, as long as she can breathe..Ameen..Happy 23rd Birthday! May Allah bless u always"

    - syukran jazilan neniey-

    Terima kasih juga kepada semua yang telah menghantar ucapan hari lahir kepada saya tak kira melalui handset atau ucapan di friendster (tidak dilupakan pihak Celcom- dapat bonus panggilan percuma) (^_~) . Moga berkat doa dan sokongan kalian, saya dapat melalui kehidupan ini dengan matang, sabar, dan penuh redha.

    Teristimewa buat teman sejatiku yang telah pun membuat persediaan awal beberapa hari sebelum hari ulangtahun saya. Syukran atas ingatan, doa, sokongan dan sentiasa bersama saya dikala suka dan duka (~_^) .


    "Orang yang matang bukanlah diukur pada usianya, namun pada ilmu dan amalannya"



    Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

    PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

    KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

    KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.

    KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

    KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

    KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


    Ulamaa' warathatul Anbiyaa'

    * Selama ini ku mencari-cari
    Teman yang sejati buat menemani
    Perjuangan suci
    Bersyukur kini pada illahi
    Teman yang dicari
    Selama ini telah ku temui

    ** Dengannya disisi perjuangan ini
    Senang diharungi bertambah murni
    Kasih illahi

    Kepadamu Allah ku panjangkan doa
    Agar berkekalan kasih sayang kita
    Kepadamu teman ku pohon sokongan
    Pengorbanan dan pergertian
    Telah ku ungkapkan segala-galanya

    (ulangi *)

    Teman bersamalah kita
    Semaikan persahabatan ini
    Dengarkanlah dan teruskanlah
    Perjuanganmu, pengorbanan dan kesetiaanmu

    (ulangi **)

    Kepadamu Allah ku pohon restu
    Agar kita kekal bersatu
    Kepadamu teman teruskan
    Perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan
    Telah ku ungkapkan segala-galanya
    Itulah tandanya kejujuran kita



    "Sesaat bersama seabad terasa"

    Bukan aku tak sayang,
    Juga bukan kerana tak rindu,
    Bahkan hati ini...
    Detiknya hanya itu,
    Cinta sayang padamu!

    Namun bagaimana ingin aku nyatakan,
    Ribut pergolakan, kabut persimpangan,
    Aku sedang memperbaiki diri,
    Aku sedang mencari erti...
    Yang berulang datang dan pergi.

    Berilah aku masa sendirian,
    Untuk mula mencatur perhitungan,
    Dalam terang dan kelam,
    Dalam jeritan dan diam.

    Aku kembara kian penat,
    Hulurkan izin untukku berehat,
    Kepada segala yang hampir,
    Izinkan aku musafir...kali terakhir,
    Jauhku untuk mendekat!



    Cetusan hati,
    Pahrol Mohd Juoi
    ~Satu RASA Dua HATI~

    Tit..tit..bunyi mesej masuk dalam handset ku...

    "Oh..mesej dari Cikgu rupanya," bisik hatiku

    Apa kata syuhada buat buku motivasi remaja wanita? Mula dgn menukil isu@kes biasa remaja secara kreatif, Cikgu akan bimbing selanjutnya..TQ

    "Erm...tulis tentang remaja wanita??uh..nak cakap pasal ape ye?"otakku ligat mencari jawapan sendiri..

    Dah lama saya fikir tentang ni..sejak dapat tawaran untuk menulis buku bersama Cikgu Esa Samad (penulis buku PTS)...beliau mencadangkan saya menulis motivasi tentang remaja wanita..al maklumlah, ni 1st time nak menulis buku, jadi dalam fikiran ni takde gambaran langsung nak bawakan konsep apa...ditambah pula dengan kekangan masa dan jarak antara penulis membuatkan saya agak sukar untuk memulakan sebarang penulisan. Tapi, insyaallah...after exam, jari2 ni akan menari-nari di depan laptop kesayanganku dan akal pula kena diperah seperah2nye...

    Alhamdulillah, moga2 langkah pertama ini akan menjadi platform untuk saya maju ke hadapan...(keinginan nak menulis buku ni sudah lama saya pendamkan, moga2 peluang ini akan berhasil).

    Nak cari idea yang best+ "manTOP" dan dapat menarik perhatian pembaca bukannya mudah. Penulis kena fahami selera pembaca dan tahu apa yang mereka cari. Lebih2 lagi REMAJA (wanita). So, cuti nanti kena buat research la sikit...dalam senarai yang telah saya buat, mungkin saya akan sentuh bab..cinta, pelajaran, masalah peribadi, persahabatan, krisis identiti..dan sewaktu dengannya..(belum habis fikir lagi).

    Hari tu saya berkesempatan pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC...nak cari ilham sikit. Tapi, disebabkan terlalu teruja dengan buku2 yang best2 dan harganya yang murah, saya pun dah tak terfikir nak belek2 buku kat situ lama2 untuk cari ilham..sebab nak kejar masa untuk balik..walaupun dapat pergi sekejap, tapi best!!!

    Balik rumah nanti saya akan mulakan penulisan buku...(^_~). Moga2 berkat doa dan sokongan semua, impian saya bergelar penulis akan tercapai..amin.


    "Man Jadda Wajada, Man Kasala Fasyala"

    Iqra'

    Kalendar

    Nasyid.fm

    Al - Hiwar


    ShoutMix chat widget

    Pemilik blog

    My photo
    kampar, perak, Malaysia
    pelajar tahun 3 kuliyyah dirasat allughat arra'iesah fi jamiah al-ulum al-islamiah al maliziyyah

    Followers