Apabila dikau berdoa dan doa itu belum dimakbulkanNya...itu tandanya Allah mahu dikau terus memohon, merayu dan meminta padaNya...
Apabila dikau berdoa dan doa itu tidak dimakbulkanNya...itu tandanya dia mengaturkan yang terbaik untukmu...
Apabila dikau berdoa dan doa itu dimakbulkanNya...itu tandanya dia ingin mengujimu...adakah dikau bersyukur atau leka dengan nikmat yang diberikanNya...
Hakikatnya, nikmat dan dugaan itu datangnya daripada Kasih dan Sayang Allah kepada kita...
"Jika ada sesiapa yang pinta CINTAmu, katakanlah ianya hanya pada Allah,
Jika ada sesiapa yang pinta KASIHmu, katakanlah ianya hanya pada Rasulullah,
Jika ada sesiapa yang pinta RINDU dan SAYANGmu, katakanlah ianya hanya pada ibu dan ayah,
...dan...Jika ada sesiapa yang pinta untuk diHATImu, maka berilah ia kepada kepada orang yang benar-benar menghargainya"
Posted by
assyuhada'
0 comments:
Post a Comment