...bila hati berbicara

" ..pabila kamar hati disapa..kalam berbunga indah..pabila kamar hati berbicara..dunia bertukar wajah.."

Esok saya mula menjalani final exam semester 4...petang tadi dah siap habis baca buku psikologi. esok exam waktu petang jadi, insyaallah esok boleh ulang baca sekali lagi..


Moga- moga apa yang saya baca akan keluar dalam exam (mohon dengan sangat)..dan ianya dapat menjadi ilmu yang bermanfaat kepada saya. Teringat saya pada satu ceramah yang telah disampaikan oleh seorang ustaz dari Majlis Agama Islan Negeri Sembilan (MAINS), beliau mengatakan bahawa ilmu dan maklumat adalah berbeza walaupun secara zahirnya macam sama..maklumlah time exam ni ramai yang pulun baca buku@nota...

Ilmu adalah pengetahuan yang melekat dalam hati dan ingatan kita...dan dengan ilmu kita dapat menjadikan diri kita lebih baik dari yang sebelumnya, tapi maklumat adalah pengetahuan yang kita cuma ingat dalam tempoh yang tidak lama dan belum tentu dapat meng"islah"kan kita...dan akhirnya hilang entah kemana..

Tapi setakat mana apa yang kita hafal dan faham akan selamanya kekal dalam memori kita?? Kebanyakannya akan hilang lepas habis exam...seolah-olah macam kita baca buku hanya untuk exam semata-mata..lepas tu, buku dan nota entah ke mana. Yang lebih menyedihkan bila habis exam, buku dan nota bersepah dan tercicir merata-rata..jadi, cuba kita renungkan...sama ada apa yang kita baca selama ini menjadi ilmu yang bermanfaat kepada kita atau sekadar maklumat sahaja..

"ilmu itu cahaya"

0 comments:

Post a Comment

Iqra'

Kalendar

Nasyid.fm

Al - Hiwar


ShoutMix chat widget

Pemilik blog

My photo
kampar, perak, Malaysia
pelajar tahun 3 kuliyyah dirasat allughat arra'iesah fi jamiah al-ulum al-islamiah al maliziyyah

Followers