...bila hati berbicara

" ..pabila kamar hati disapa..kalam berbunga indah..pabila kamar hati berbicara..dunia bertukar wajah.."

...ape makne tajuk post entry kali ni ye?..setelah difikir2..dihitung2..saya pun decide untuk buat tajuk ni sempena final exam next week..mmm, dah ready ke nak exam ni? mesti ade yang study maut sebab nak dapat dean's list (nawaitu kena betul nie)..tak kurang juga yang study last minute dan ala-ala kadar je..ape2 pun preparation kena lengkap ibarat pahlawan nak pergi berperang. kalau senjata tak cukup, musuh akan kalahkan kita...so, fikir2 kan bersama dan...selamat beramal!!
eh..eh..muqadimah dh panjang pulak..

Sebut pasal study, sudah tentu ramai antara kita yang nak capai kecemerlangan..musim2 exam ni kita kena jaga kesihatan. Ramai student yang suka study sampai lewat malam sampai tak cukup tidur gara-gara nak EXAM..Di sini kita kena tau apa yang perlu kita lakukan agar proses ulangkaji kita berkesan dan smart. Badan dan otak kita perlukan rehat yang cukup agar pusingan biologi juga terjaga.

"Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk tebaran (mencari rezeki)" - Al Furqan : 47

Ayat di atas menjelaskan, badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri. Sistem ini yang menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Untuk cemerlang, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja.

Waktu tidur perlu dijaga kerana ia juga adalah ibadah. Ia perlu dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah...haa...cuba kita tanya diri masing2..pernah tak kita tidur lewat sebab tengok televisyen sampai lewat malam atau main game atau berbual2 kosong atau ape2 je..esok pagi, confirm bangun lewat kan?

Jadi, jom kita sama2 jaga waktu tidur ni. Nak tau tak? Nabi juga mengambil kira pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat merehatkan diri dan memenuhi keperluan jasad untuk menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah..haa..penting kan menjaga waktu tidur kita..

Nak cemerlang perlu usaha, bukan berharap sahaja...

Dare to Excel

0 comments:

Post a Comment

Iqra'

Kalendar

Nasyid.fm

Al - Hiwar


ShoutMix chat widget

Pemilik blog

My photo
kampar, perak, Malaysia
pelajar tahun 3 kuliyyah dirasat allughat arra'iesah fi jamiah al-ulum al-islamiah al maliziyyah

Followers