...bila hati berbicara

" ..pabila kamar hati disapa..kalam berbunga indah..pabila kamar hati berbicara..dunia bertukar wajah.."

Justify Full
Assalamualaikum w.b.t.

Comel tak baby tu?? comel kan...gebu je..baby yang suci tanpa dosa. Gambar ni saya ambil dari laman web iluvislam.com. (laman web my friend masa kat KISAS dulu)...sebenarnya terdetik di hati nak tengok blog sahabat lamaku semasa di KISAS dulu, Marhamah. Jadi letaklah gambar baby sebagai hiasan gambar kali ni. Alhamdulillah, Mar selamat melahirkan baby sulungnya pada 11 April 2009 yg lalu. Nama puterinya, Tuan Ilham...comel anaknya..(^_^)

Tak sangka, sungguh pantas masa berlalu...sahabatku yang sorang ni sudah pun bergelar ummi. Alf Mubarak ya ukhti!! Selain tu ada lagi sahabat2 lain yang dah pun memegang status yang sama ; murshida, murniyati, k.amanina, huda dan yang sudah pun bertukar status Cik kepada Puan agak ramai ; nuha, teem, nurul, k.na, k.maliza, k.amalina (maaf andai ada nama2 yg tertinggal)...dan ada juga yang bakal menjadi pengantin baru pada bulan 6 nanti, sahabatku Rohani Musa...tahniah buat kalian!

Walau apa jua status kita, peranan dan taklifan kita sebagai hambaNya, tetap sama...cuma berbeza mengikut amanah yang dipegang oleh setiap manusia. Amanah itu adalah sesuatu yang amat berat dan Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk dipikulnya. Anak yang dianugerahkan adalah amanah Allah yang tidak ternilai harganya. Mereka lahir suci tanpa dosa dan noda, justeru ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka...inilah aset yang perlu dijaga dan dididik dengan tarbiyah agama agar menjadi bekalan kepada ibu bapa di negeri abadi.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tiap-tiap anak-anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu bapanyalah yang mencoraknya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi" - (Riwayat Bukhari dan Muslim)


"Anak soleh permata ayah bonda"

0 comments:

Post a Comment

Iqra'

Kalendar

Nasyid.fm

Al - Hiwar


ShoutMix chat widget

Pemilik blog

My photo
kampar, perak, Malaysia
pelajar tahun 3 kuliyyah dirasat allughat arra'iesah fi jamiah al-ulum al-islamiah al maliziyyah

Followers